ss_blog_claim=b9bd4843cfb81672bbc775587d86930f kerjaya IT, kareer IT, IT job vacancies: JAWATAN KOSONG : Moderator Yahoo Group SIM

Wednesday, February 27, 2008

JAWATAN KOSONG : Moderator Yahoo Group SIM

Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) adalah sebuah Yahoo Group yang ditubuhkan pada 4hb. April 2005 dan mempunyai lebih 10,000 orang ahli. SIM kini akan mengembangkan operasinya dengan mengujudkan prasarana perniagaan secara online bagi membantu sahabat-sahabatnya menceburi bidang perniagaan serta membantu mereka yang ingin memperluaskan pasaran produk masing-masing.
SIM juga akan melancarkan Kad SIM tidak lama lagi yang akan memberi kemudahan kepada sahabat-sahabat untuk membeli belah secara online disamping mendapatkan diskaun hebat dari outlet-outlet terpilih milik sahabat-sahabat SIM. Disamping itu pemegang Kad SIM akan dilindungi oleh insuran kemalangan diri serta khairat kematian.
Oleh yang demikian, SIM memerlukan 20 orang moderator yang berkelayakan untuk bertugas bergilir-gilir selama 24 jam bagi memantau Yahoo Group SIM serta menguruskan sistem e-commerce SIM. Elaun khas akan dipertimbangkan berdasarkan jumlah jam bertugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Butir-butir lanjut adalah seperti berikut :
Tugas dan Tanggungjawab
1. Meneliti dan menapis email-email dari sahabat-sahabat sebelum dihantar ke mailbox masing-masing.
2. Menguruskan alamat-alamat email bagi urusan penghantaran email.
3. Menguruskan bayaran-bayaran bagi perkhidmatan Iklan Berbayar
4. Memantau spamming dan bouncing email.
5. Menguruskan pesanan dan pembayaran e-commerce
5. Menyediakan laporan bulanan
Kelayakan
1. Mempunyai akses kepada komputer sekurang-kurangnya 18 jam sehari
2. Mempunyai pengetahuan asas dalam HTML
3. Berdedikasi , amanah dan boleh bekerja tanpa pengawasan
4. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ...
Kepada yang berminat sila hantar permohonan anda yang mengandungi butir-butir berikut :
1. Nama Penuh
2. Alamat Email
3. No. Kad Pengenalan
4. Nombor telefon
5. Alamat Tempat Tinggal
6. Umur
7. Status Perkahwinan
8. Mengapa anda berminat untuk mengambil tugas ini. (tidak lebih 100 perkataan)
Permohonan hendaklah dihantar kepada email penghulu@sim. org.my sebelum 1 Mac 2008 jam 3.00 petang .
Tarikh lantikan dan mula bertugas ialah pada 9 Mac 2008.
Sekian dimaklumkan

No comments: